Hari ini bersamaan 10/10/10 - Ahad, aku nk kongsi la sikit pengalaman dgn hampa semua psl MotoGP 2010 kt Litar Antarabangsa Sepang. First time aku p Sepang dan p Sepang International Circuit (SIC). Macam ni cerita dia...
Bgun pukul 10, knonnya nk kluar awal nk p tgk MotoGP kt Sepang. Pastu aku set la dgn Apai (Hafizi Che Hashim) pukul 11 nk gerak p Sepang. Mmg tepat la pukul 11 dia smp. So kami pun gerak la ke KL dulu. Kami p KL pun pasal nak p amik kawan aku, Jut (Azizul) kat Tasik Permysuri. Pusing punya pusing dok cari umah membe (Jut) aku mau makan masa dekat sejam gak la. Lebih kurang pukul 1215 aku tunggu membe aku kat satu tempat tu. Jam 1230 dia sampai dan kami pun gerak pulak ke Bukit Jalil nak singgah amik tiket MotoGP.
Dah settle suma baru la kami gerak ke Sepang dalam pukui 1245. Sepanjang kami ke KL dan Sepang, aku yang kena drive. Apai kata dia tak larat (alasan lapuk) hampeh betui. Kami sampai SIC pukui 1330 (1.30 PM), pastu dok pusing2 cari membe Jut plak kt situ nak amik tiket. Jam 1400 kami dah mula gerak ke gate masing2. Apai dan kawan2 dia masuk gate K1 tp aku dgn Jut plak masuk gate F1. Kami tak tau kedudukan gate sebenarnya, maen gamble ja nak masuk gate. Jalan punya jalan dalam 15minit pastu aku dok rasa laen macam dah, aku tros tanya pak guard kt situ.
Aku - Pak cik, gate F kt mn?
Guard - Depan lagi dik.
Aku - Oh.. Yaka.. Jauh lg tak??
Guard - 2km lg...
Aku - 2km!!!!! WTF!! jauh kt.. (dalam hati)
Pastu aku pn troskan jugak perjalanan kami. Pdhal kaki aku dh melecet (melecaq@takung ayaq), sakit kt. Nk jalan pn cam org cacat, tu lah padahnya pkai kasut kulit tak reti nk pkai stoking. Hahahahaha... Kesian kt kaki aku tp aku gagahkn jugak jalan punya jalan lagi 10 minit pukui 3 kami sampai kt gate F, pastu cari la seat nak duduk. Masa duduk tu tak yah crita la keadaan aku, baju basah lencun kt. Jalan pusing setengah Liar Sepang, dah macam orang gila kt. Nasib la cuaca mendung, klu panas mmg aku da gelap la.
Masa aku sampai pn Moto2 dh nk abih, lagi 3 lap ja nk abih. Kiranya dan la aku tgk Toni Elias maen kona (corner) dan angkat champs utk kategori Moto2. Pastu Che Zambri Baba plak mai dok lambai kt bhagian grandstand aku.
Lepas setengah jam menunggu sambil dok hisap rokok dan minom ayaq (air) dan mata di sajikan dengan test lap oleh BMW X6 dan BMW M6 dok men kona. Dia pny bunyi da mcm dgn traktor, hingaq (bising) gila, siap dk wat macho lak Safety Car tu. Geram toi aku tgk ha. Macam nk p ligan (kejar) ja. Hahahahahaha..
Jam 1530 camtu la, kategori MotoGP plak nk start. Depa masuk track n dok test setting mto depa, bila depa lalu depan seat aku, pergh!! dia pny bunyik mmg laen mcm la. Dh mcm kapal terbang lalu kt, aku dk smbang gn Jut pn mcm aku tak ckap apa2 pdhal mulut aku dk bergerak2. Pny la bising dia pny bunyik tp bg aku tu satu kepuasan utk aku yg slma ini nk sgt tgk MotoGP dan akhir dpt gk. Thanks to Pie'e yg bg tiket free kt aku. Hehehehehe..
5 minit kemudian, rider2 suma dh siap kt position msing2. Aku yg sbnarnya nk tgk Dani Pedrosa (Honda Repsol Team) tp dia injured plak. Haish!! Marah toi aku, tp tak pa Andrea Dovioso dr team yg sm jd pengganti Pedrosa.
Lampu merah pertama menyala, kemudian kedua, ketiga, keempat, kelima dan........ lampu hijau. Deruman kuat enjin berkuasa tinggi pn kedengaran. Sgt bising pd ms tu tp deruman enjin itu la satu kepuasan kepada penggemar MotoGP.
Race pny race, lumba pny lumba, potong pny potong, jatuh sna, tergolek sni, moto rosak, enjin panas dan mcm2 lgi la insident yg aku tgk. Tiba la last lap, Rossi dk lead, no. 2 Andrea Divioso dan no. 3 Jorge Lorenzo, ms ni la Dovioso dan Rossi dok fight no. 1. Mmg rezeki Rossi la kt Sepang ni, dia tba dl kt garisan penamat. Dovioso tmpt ke-2 dan Lorenzo ke-3. Tahniah kpd Rossi yg memenangi perlumbaan di Sepang. Rossi meraikan kejayaannya dgn membuat kacau (upacara meraikan kemenangan) dgn berhenti kt dpan grandstand kami dan Rossi di kelilingi oleh geng2 marshal. Jeles betoi aku tgk. Mcm nk jugak join depa ha. Hahahahahaha....
So apa2 pn tahniah jugak kpd pelumba2 Malaysia yg berjaya membawa nm Malaysia ke mata dunia iaitu Che Zambri Baba tmpt ke-22 bg kategori Moto2 dan Zulfahmi Khairuddin tmpt ke-16 bg kategori 125.
So penutup crita blog aku ni aku harap la umur aku pnjg dan dpat la aku p plak musim depan. InsyAllah. Jumpa lg musim depan MotoGP 2011 di Sepang.
No comments:
Post a Comment