My only blog in life...

Try to read first, then comments. Welcome!!

Monday, November 8, 2010

It's been a while

Salam...


Hai guys. Sudah lama aku tak mengupdates blog saya. Aku menyepi untuk seketika kerana memberikan fokus 120% (confident ja) kepada peperiksaan akhir baru-baru ni. Hahahaha. Thanks to Allah SWT that I had finished all the exam well. Well?? Hope so la. I've try as hard as I can dah, so Tawakal ja la. InsyaAllah mudah-mudahan Dia membantu aku dan rakan-rakan lain. Amin. Hopefully, kawan-kawan yang lain juga dah berusaha yang sangat terbaik pada exam hari tu demi masa depan masing-masing.


Ok, berbalik kepada cerita sebenar aku. Selama aku tak mengupdates blog ni, sangat banyak cerita nak aku sampaikan dan sangat banyak propaganda yang ingin aku ceritakan tapi bila dah lama sangat simpan dalam kepala so basi la jawapnya, sampai aku sendiri pun dah tak ingat apa benda yang nak aku cerita kan. Mungkin daya ingatan aku sangat lemah? Aduh!! Ingatan la masalah yang susah untuk mencari solutions. Susah?? Siapa cakap?? Baca ja Al-Quran dan banyak-banyak ja sembahyang tu. Jawap kawan aku la, aku pun tahu solutions tu yang terbaik tapi nak juga yang selain dari yang tu la. 


Masalah ingatan ni aku nak kaitkan dengan final exam aku hari tu la. Mak ai!!! Punya la susah soalan-soalan yang naik. Aku pun Tawakal ja la masa menjawap exam tu, tension juga la, mahunya tak aku dah all out study macam orang gila tapi soalan-soalan yang keluar tu lagi gila dari apa yang aku revised. Pergh!! Menguji kesabaran dan ketabahan aku betul exam hari tu. Aku pun jawap ja la setakat yang aku mampu, siap perah otak dah macam aku perah santan, sampai kering la otak aku tu, nasib baik bukan bulan puasa kalau tak mahu aku bernangis tak berlagu ja masa jawap exam tu. Bila otak dah kering, aku top up la moist otak aku dengan air suam bagi tenang dan segar balik otak dan badan aku tu.


Sumpah mood bila exam la paling aku tak suka. Nak buat yang tu tak kena, nak buat yang ni pun tak kena. Aku rasa macam nak cari gaduh dengan sesiapa ja lepas tu aku nak tendang betul tulang belakang dia. Hah!! Mesti aku rasa puas hati gila-gila punya masa tu. Mesti aku jalan sambil tersengih-sengh dah macam orang tak betul dan aku akan rasa puas gila. Hahahahaha. Tu semua dalam angan-angan ja la bukan betul-betul pun, aku tak akan dan tak mungkin buat kat insan lain macam tu. Ada lagi cara terbaik untuk lepaskan tekanan perasaan dan kemarahan kita. Banyak-banyak la sembahyang kepada Allah SWT dan perdengarkan dengan halwa-halwa telinga seperti ayat-ayat suci Al-Quran, lagu-lagu nasyid dan sebagainya. InsyAllah mujarab.


Baru-baru ni bersamaan 7hb November 2010 di awal pagi pukul 9, hari paling bersejarah kepada aku dan rakan-rakan kelas aku apabila kami telah di tabalkan sebagai 'Pelajar Tamat Peperiksaan 2010'. Aku yang cipta sendiri pertabalan tu no heart feelings ya. Habis exam aku tu dalam pukul 12, so aku pun stay la sebentar kat situ untuk mengetahui plan rakan-rakan aku. Plan pertama selepas tamat exam, kami pergi makan dan melepak di kedai makan berhampiran dengan pasar (orang utara kata market) Seksyen 6. Makan punya makan, minum punya minum dan borak punya borak salah seorang rakan aku bersuara 'Nak pegi mane kite lepas ni?' jawap rakan aku seorang lagi, 'Jom pegi karaoke nak tak?'. Jenis aku nie fleksibel, aku style on ja mana-mana pun. So sudah ja makan terus kami gerak ke tempat karaoke di sebuah shopping complex di bandar Shah Alam.


Sebelum kami masuk menunaikan hajat untuk berkaraoke, kami menghabiskan beberapa keping duit seringgit untuk bermain games yang di sediakan di luar tempat karaoke tu. Tadi aku bagitau beberapa keping kan? Sebenarnya beberapa puluh keping pun aku tak tahu. Hahahaha. Punya la seronok sampai dah lupa nawaitu asal kami. Tapi memang niat aku nak berkaraoke pn, bukan nak main game sangat pun. Hehehehe.So aku ambil inisiatif la untuk mengejutkan mereka dengan menyedarkan mereka dengan nawaitu asal kami.


So mereka dah sedar, apa lagi. Karaoke time!!! Wah!!! Punya la teruja sorang-sorang. Dapat ja microphone terus semua pakat buat gila. Semua tak sabar nak menyanyi, aku pun dengan muka tak malu terus menjadi pengacara dalam majlis dalam bilik tu. Macam-macam ragam dan styles kami persembahkan. Berair biji mata aku dan rakan-rakan dengan karenah spontan kawan-kawan. Kami karaoke lebih kurang 20++ lagu, menyanyi tu tak dak la sedap sangat bukannya nak audition AF atau OIAM pun just suka-suka dan enjoyment ja kan.  Tapi talent rakan-rakan aku aku ni lebih kepada Raja Lawak la. Suka bagi orang gelak. Dalam 1jam lebih kami selesai berkaraoke, lepas tu kami layan games pula untuk second round. Dah habis sesi pada masa tu, apa pula plan seterusnya? Plan seterusnya ialah................ Pulang@balik rumah@kembali ke sarang. Tu lah plan yang paling terbaik untuk hari tu. Hahahahaha.


Dalam pukul 2 lebih kami pun gerak balik ke sarang masing-masing. Aku sampai rumah dalam pukul 3 macam tu la. Lepas tu aku mandi dan semayang for the finishing touch aku melelapkan mata aku untuk seketika kerana keletihan yang teramat sangat. Zzzzzzzzz...


Thanks to all my peeps that join us lunch and karaoke. Hope this will be a good and memorized to us and my friends and I were so enjoyed and happy together. Keep in touch k.=) 


Sincerely love to read and write,
Kayeen

2 comments:

  1. tidak!!! karoke tak ajak pn kan.. huu.. kene repeat ni! jom karoke!

    ReplyDelete
  2. hahhahaha... ajak jimbit n sapik ja la... i da kt kdah skang nie... yess....!!!

    ReplyDelete