Bertarikh 22/11/2010 bersamaan hari Isnin, aku dan Meon telah bergegas ke suatu tempat yang best la jugak. Hahahaha... Untuk penggemar ke seberang, memang bagi mereka tempat di seberang memang best la. Best macam mana? Kena la tanya pada para penggemar seberang k. Aku tak tahu nak jawap macam mana. Hehehehe... Aku dapat mesej dari Meon dalam tengah hari la jugak, dia ajak aku p Bukit Kayu Hitam (BKH) untuk mengambil barang dari seseorang yang dia kenal. So aku pun apa lagi, dah nama pun kaki berjalan so aku pun on ja la. Ni beberapa pics yang sempat aku snap la.
Dah sampai
Tag Heuer
Tag Heuer (damn cool!!!)
Pen yang mahal?? Gila...
Mont Blanc ( Too expensive ma...)
Parker bukan Spiderman
Tissot
Oris yang hebat
Main entrance
Meon a.k.a driver
Duty Free Complex
Dah habis pusing duty free complex, aku dan Meon ada plan baru, p minum2 pula pasal terlampau panas massa tu. So, si Meon ni suggest kat aku p minum kat Black Forest Country & Club. Saja ja nak berlagak sekali sekala. Hahahahaha... Bukan selalu boleh masuk dalam club. Ni pula gambar2 aku dan Meon kat Black Forest.
Black Forest's Main Entrance
Keindahan golf course
Celah ni la pak long nak lalu... Hehehehe...
Credits to Meon for this nice view
Sangat indah
Buggy yang banyak
Sajian mata sebelum sampai restoran
Masa ni kami dah nak balik
Aku yang selalu berbangga dengan diri aku... Hahahaha...
(joking guys)
Ni lah hasil dari kami minum di Black Forest, yang di pesan tembikai laici. Betul, tembikai laici tu memang sampai tapi bila nak bayar, dia charges untuk jus tembikai dan air laici?? Jus tembikai harga RM3.50+air laici RM3.50= RM7.00 untuk seorang. Campur aku dah jadi RM14.00+service charges lagi. Hahahaha... Yang geramnya pasal dia kira 2 air untuk segelas yang kami minom. Hahahaha... Sangat sedih.
Kesesakan masa nak balik, sejam melayan jam sambil makan pulut ayam dari seberang.
Panjangkan jam
Setelah sejam melayan sesak, akhirnya kami sampai juga kat imigresen Malaysia. Elok dah check semua, hujan punya la lebat sampai pekan Changlun. Kat Changlun cerah ja masa tu (pukul 6 pm). Kami sampai rumah aku dalam pukul 6 lebih. Lepas tu?? Lepas tu kami tidur la. Letih+penat dengan panas+jam. Hahahaha... Penat tapi seronok juga la. Hati rasa puas.
The writers,
Kayeen